Autosaloon UTM (17 March 2002)
K-car Pikachu Owner Club telah berjaya menyanjurkan "Autosaloon Kancil" di UTM. Kami tidak menyangkan autosaloon ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran lebih 50 biji kereta kancil yang datang dari memeriahkan acara ini. Lebih 20 buah kereta kancil yang masuk bertanding yang menunjukkan pelbagai modifikasi kereta masing-masing.Para penyertaan di kenekan bayaran sebayak RM20.
Keputusan 'Autosaloon UTM' adalah : Pemenang Pertama : En. Malik (L512s merah) Pemenang Kedua : Ah Chen (L502s orange) Pemenang Ketiga : En. Firdaus (RV4 coke-cola). Disamping itu terdapat 10 pemenang saguhati. Para penyertaan diberikan Sijil Penyertaan.
Kami berharap jika tiada arang melintang, ditahun akan datang, insyallah kami akan membuat lagi acara seperti ini.
K-Kar Autosalonn Shah Alam (2 Jun 2002)
Club telah mengadakan convoi ke Shah Alam. Tepat pukul 12.30 am hari sabtu kami bertolak dari Skudai dengan 4 buah kancil yang terdiri dari 2 buah moderno dan 3 buah L502s yang dimiliki oleh Payrak. Yoe, LiMy dan ahli baru kami Izat.
Chop terpaksa mengundurkan diri disaat-saat akhir di atas alasan yang boleh diterima pakai. Kami memandu mengikut jalan biasa dan sampai di Shah Alam dalam pukul 10.00am.
Kami berasa kurang puas hati kerana "K-kar Autosaloon" yang dikatakan itu tidak dapat kami temui.
Pada akhirnya, kami dapat tahu bahawa "K-kar Autosaloon" diadakan pada hari Ahad. Kami menghantar 3 buah kereta iaitu kereta Payrak, Yoe dan Izat. Tetapi tidak berjaya menduduki tempat pada hari itu.
Laporan pemenang adalah: Pemenang K-kar Keseluruhan Tercantik : RV4 Coke-cola. Pemenang Pertama : Hello Kitty Biru. Pemenang Kedua : Kelisa Hijau. Pemenang Ketiga : Kenari Move Rs.
Kami bertolak balik ke JB pada pukul 9.00 pm dan sampai dengan selamat pada pukul 2.00 am di Skudai.
Gath. bersama ACFK & PMC (22 JUN 2002)
Pada malam 22 Jun, ahli-ahli CLub telah membuat perjumpaan rasmi bersama dengan CLub ACFK & PMC di Dataran Johor Baharu. Ahli yang hadir adalah LiMy, Yoe, Chop, Izat dan beberapa ahli baru PiKaCHu.
Aturcara majlis adalah :
9.00pm - berhimpun di Dataran Johor Baharu.
10.00pm - bergerak ke Restoran Citarasa di Larkin Perdana.
12.00pm - bergerak balik ke Dataran Johor Baharu untuk sessi suai kenal.
1.00am - majlis bersurai.
Kami berharap, perjumpaan seumpama ini sangat baik untuk mengeratkan lagi saliturahim dan kenalan baru.
|